Kecantikan Lelaki, Kegagahan Wanita..

KECANTIKAN LELAKI

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani Lelaki yang cantik…………………

Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

KEGAGAHAN WANITA

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan,Perempuan yang gagah……………..

Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta dipenuhi segala keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,

Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan…

"andainya anda meminati, mencintai, menyanyangi atau yg sewaktu dengannya, buatlah sesuatu supaya pasangan anda itu dapat mengetahuinya dan dapat memberi jawapan kepada anda dan ini tidak akan memalukan diri masing-masing kerana ianya akan terjawab dengan cepat dan tidak akan membuang masa anda atau pun pasangan anda, tidak kira sama ada si lelaki ataupun si perempuan…jika pasangan anda telah cuba menarik perhatian anda, apa salah nya jika anda pula yang memberi jawapannya….dan begitulah sebaliknya"
sebuah petikan dari kata-kata Dr. Fadzilah Kamsah.

"Kenalilah Dirimu Nescaya Engkau Akan Mengenali Tuhanmu"

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s